NAMA PENSYARAH : ENCIK KAMAL HISAM BIN ABDUL HALIM.
TAJUK : ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA (BAB 5)
KELAS : DMH1A
JABATAN TEKNOLOGI MAKANAN
SESI JUN 2018
NAMA AHLI KUMPULAN :
1. NORAKIELA BINTI SUPIKRI
(02DMH18F1008)
2. NUR SARAH BINTI MOHD ISMIL
(O2DMHF1003)
3. NUR ALIA NASHRAH BINTI AZHAR
(02DMH18F1010)
4. AYU AFIQAH BINTI AZMI
(02DMH18F1012)
5. NUR ASIYAH ATIQAH BINTI MAT AYOB
(02DMHF1040)
6. NUR HAZANAH HUSNA BINTI MOHAMAD
(02DMH18F31)
7. NUR HIDAYAH BINTI JAFRUL FAZLI
(02DMH18F1013)
ISI KANDUNGAN :
SEKIAN , TERIMA KASIH.
BIL. ISI KANDUNGAN :
1. PENGENALAN
2. OBJEKTIF
3 KEANGGOTAAN OIC
4. PERANAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN OIC
5. KESIMPULAN
6. LAMPIRAN
7. RUJUKAN
PENGENALAN
Organisation of Islamic Cooperation(OIC)
Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H)
bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika
memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puakZionis. Tindakan
biadab puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah
pertubuhan antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam
segenap bidang di seluruh dunia.
OBJEKTIF
- Memupuk
perpaduan di kalangan negara anggota
- Menyelaras
kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, social, budaya,
saintifik, dan pelbagai bidang lain yang dianggap penting serta pengatur
perundingan di kalangan mereka dalam pertubuhan antarabangsa.
- Berusaha
menghapuskan perbezaan kaum, penindasan, dan penjajahan.
- Mengambil
langkah perlu bagi menyokong usaha kearah melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan keadilan.
-
Meningkatkan perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak
mereka dan mewujudkan suasana yang mendorong kerjasama dan kesefahaman di
kalangan negara anggota dengan negara lain.
KEANGGOTAAN OIC
OIC kini
mempunyai 55 anggota iaitu Afghanistan, Albanian, Algeria, Alzerbaijan,
Bahrain, Bangladesh, Benin, Bosnia and Herzetovia, Brunei, Burkina Faso,
Cameroon, Chad, Comoros, Djibouti, Mesir, Gabon, Gambia, Guinea, Guinea Bissau,
Indonesia, Iran, Iraq, Jordan, Kuawait, Kyrghstan, Lebanon, Lebia, MALAYSIA
(PENGERUSI), Maldives, Mali, Mairitania, Maghribi, Mosambique, Niger, Nigeria,
Oman, Pakistan, palestin, Qatar, Arab Saudi, Senegal, Sierra Leone, Somalia,
Sudan, Surinam, Syria, Tajikstan, Turnisia, Turministan, Turki, Uganda, Emiriah
Arab Bersatu(UAE).
PERANAN
MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN OIC
Malaysia
merupakan pengurusi OIC yang terus berusaha membawa kemajuan dan memperkenalkan
insiatif dalam pelbagai usaha untuk beri nafas baru pada OIC. Malaysia komited
memupuk perpaduan dan meningkatkan kerjasama antara negara-negara anggota, ekonomi,
perdagangan, pendidikan, kebudayaan. Idea dan insiatif diambil Malaysia adalah
untuk membangun dan memajukan umat Islam dunia termasuk minoriti Islam di
negara bukan Islam.
Satu-satunya forum khusus untuk
negara-negara islam bagi mewujudkan perpaduan sesama ummah,khususnya mengenai
konflik israel-palestin.OIC Ditubuhkan pada tahun 1971 atas cadangan Malaysia.
Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama .Pejabat
OIC terletak di Jeddah,Arab Saudi.
Malaysia berpendapat bahawa hubungan dengan
negara-negara islam sangat mustahak.Pertubuhan ini bertujuan mewujudkan
kerjasama antara semua negara islam dalam pelbagai bidang seperti
sosial,ekonomi,sains dan teknologi,pertukaran maklumat kewangan dan sebagainya
untuk meninggikan syiar islam.
OIC juga berperanan
membendung segala unsur jahat yang menindas umat islam di seluruh dunia.OIC
juga akan menjadi rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum-hakam
yang dihadapi oleh umat islam sejagat.
Dalam bidang pendidikan pula, Negara-negara
OIC turut memajukan pendidikan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia
dengan penubuhan university-universiti Islam seperti Universiti Al-Azhar,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan sebagainya. Antara usaha yang
dilakukan oleh Malaysia adalah memberikan bantuan kewangan dan kemanusiaan
kepada mangsa gempa bumi di Turki dan mangsa peperangan di Chechnya.
Malaysia memainkan
peranan yang aktif dalam pembangunan OIC seperti penubuhan Bank Perjuangan
Islam (IOB) atau menangani masalah yang dihadapi oleh negara-negara islam
Antarabangsa adalah untuk mengkritik campur tangan Rusia di
Afghanistan,menyokong perjuangan rakyat Palestin,mengutuk dasar penghapuskan
etnik islam di Bosnia Herzegorina dan membangunkan ekonomi serta sosial negara
Afrika dengan membina infrastruktur ekonomi dan pembangunan.Malaysia juga telah
membuat pelaburan di beberapa buah negara OIC,seperti petronas di Iran. Bagi
mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara negara islam,Malaysia telah
mengajurkan musabaqah al-quran pada tiap-tiap tahun.
Malaysia memberikan
bantuan kewangan dan kemanusian kepada mangsa gempa bumi di Turki dan mangsa
peperangan di Palestin.Malaysia juga telah menjadi tuan rumah kepada banyak
persidangan dan mesyuarat yang penting.OIC mendapat faedah berupa pinjaman
daripada bank pembangunan islam bagi melaksanakan projek-projek pembangunan
untuk kepentingan rakyat.OIC telah memberikan bantuan kepada malaysia untuk
menubuhkan UIAM.Malaysia mendapat pinjaman daripada bank pembangunan islam di
bawah naungan OIC.Malaysia menerima pengiktirafan Tungku Abdul Rahman sebagai
Setiausaha agung OIC.Malaysia telah
menjadi tuan rumah menganjurkan
Persidangan OIC di Putra Jaya pada tahun 2013.
Malaysia
juga telah menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuarat yang penting.
Contohnya, Sesi Luar Biasa Menteri-menteri Luar Negara Islam Mengenai Keganasan
(1-3 April 2002), Mesyuarat Kumpulan Sierra Leone (13-14 Jun 2002), Mesyuarat
Susulan Peringkat Pegawai Kanan Mengenai Pelancongan (5-7 September 2003),
Sidang ke-27 Menteri-menteri Luar OIC (27 Jun 2000), Sidang Kemuncak ke-10 OIC
(16-18 Oktober 2003) dan berbagai-bagai mesyuarat lain pada peringkat Menteri
dan juga pegawai-pegawai kanan dan jawatankuasa di bawah naungan OIC. Malaysia
juga diberi tanggungjawab mengetuai delegasi OIC Peringkat Menteri selaras
dengan mandat Mesyuarat Khas untuk
bertemu ahli-ahli Kuartet (EU, Rusia, Amerika Syarikat dan Setiausaha Agung
PBB) bagi menggesa Kuartet mengambil langkah segera menyelesaikan konflik
Israel-Palestin.
RUMUSAN
Malaysia
telah banyak terlibat dalam menangani isu-isu kemanusiaan di peringkat
antarabangsa. Penglibatan kita melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa berstu dalam
menangi isu peperangan dan pergolakan politik. Negara kita telah banyak kali
menghantar tentera pengaman ke negara-negara
bergolak seperti di Kongor, Angola, Somalia dan Bosnia. Selain itu kita
juga telah berusaha memperjuangkan hak asasi negara yang miskin dan lemah
daripada di tindas oleh kuasa-kuasa besar. Malahan Malaysia juga turut
mempunyai pendirian mengenai isu-isu tentang Antartika dan sumbernya yang
merupakan warisan bersama manusia. Malaysia juga menentang Dasar Aparteidyang
diamalkan oleh Kerajaan Afrika Selatan yang menafikan hak politik dan social
kepada orang kulit hitam. Begitu juga, Malaysia juga banyak memberikan bantuan
makanan, perubatan dan pakaian kepada negara miskin, bergolak dan ditimpa
bencana alam. Jelaslah bahawa Malaysia sebagai sesebuah negara di dunia ini
telah memainkan peranan kepada rakan sejagat dalam menangani isu kemanusiaan.
LAMPIRAN
RUJUKAN
1.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/antara/1097-pertubuhan-persidangan-islam-oic.html
2.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Kerjasama_Islam
3.
http://lynaloveit.blogspot.my/2010/08/pertubuhan-persidangan-islam-oic.html
4.Buku
Pengajian Malaysia Siri Politeknik
SEKIAN , TERIMA KASIH.